Hidup Dalam Hutang

Bayangkan anda membeli sebuah kereta. 
Kereta mahal dan mewah. 
Semua kawan-kawan anda sangat mengagumi kereta baru anda tersebut.

Tiba-tiba, pada suatu hari, 

Anda membuat keputusan untuk memandu kereta anda yang mewah dan mahal tersebut melalui jalan yang sangat teruk kondisinya.

Jalan yang penuh lubang dan lopak berlumpur.

Yang pada pandangan manusia biasanya, sangat tidak sesuai untuk kereta anda yang mewah itu.


Hanya sesuai untuk pacuan empat roda yang specifically designed for offroad use.
Anda juga menggunakan kereta itu dengan sambil lewa dan tidak cermat.


Tidak sampai beberapa bulan pun, kereta itu sudah mula tercalar, kemek-kemek di sini sana.


Tapi adakah manusia layak menghalang anda dari memperlakukan sebegitu rupa kepada kereta anda?


Tidak.

Kerana kereta itu milik anda. 
Anda telah membelinya.
Anda telah memilikinya seratus persen. 
Jadi, suka hati andalah nak buat apa dengan kereta tersebut!
















Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.



Kita telah dibeli, sahabat. 

Jiwa kita , harta kita bukannya milik kita. Ia milik Allah sepenuhnya. 
We don’t own our own body.

Maka, 

Saat Allah melemparkan ujian kepada kita, adakah kita layak untuk mengadu? 
Saat Allah meletakkan kita di momen-momen yang sukar , adakah kita layak mendengus? 
Saat seluruh keringat, energi dan kehidupan kita terpaksa dihabiskan untuk Allah, adakah kita ada hak untuk melawan? 
Saat segala perasaan cinta benci sayang rindu suka kita harus mengikut apa yang Allah tetapkan, adakah kita mempunyai pilihan?


Tidak.
Kerana Dia sudah membeli kita. Suka hati Dialah nak buat apa dengan kita. Nak buat apa dengan hidup kita ini.

Tambah mengerikan, apabila kita melihat tense yang digunakan dalam perkataan membeli. 

Ishtaraa. Fi’il maadhi. Past tense.

Allah TELAH membeli kita. Maksudnya kita tengah berhutang. 
Setiap detik dan saat dari sekarang hingga menuju kematian kita, kita dalam keadaan berhutang dengan Allah. Kita berhutang diri dan harta kita kepada Allah. Hanya satu cara sahaja untuk kita melunaskan hutang ini, iaitu dengan memberikan DIRI dan HARTA kita kepada Allah, dalam setiap hela nafas kita.

Dan bayaran untuk diri kita itu sangat mahal, 
iaitu Syurga yang kita impi-impikan selama ini.Tempat di mana tiada lagi keletihan. Tidak perlu lagi kita berpenat-penat, menanggung derita. Tiada lagi kesedihan dan kepayahan.



Bayangkan. Fastabshiru!
Maka bergembiralah dengan jual beli ini!







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...