Masih Ada Harapan Buat Dia









Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa."



Sepotong ayat yang pendek, tapi tersirat di sebaliknya pengajaran yang banyak untuk mereka yang bergelar du'at. Sepertimana ayat-ayat Quran yang lain, Allah kerap kali mengajarkan kita tentang bagaimana menanggapi manusia dan dunia di sekeliling kita, melihat manusia dan dunia dengan menggunakan neraca langit, bukan neraca dunia yang jauh lebih rendah dan low-standard.


2 Sikap Para Du'at
Dalam ayat ini, Allah menggariskan kepada kita 2 sikap penyeru-penyeru di jalan Allah. Ayat ini sebenarnya antara ayat yang famous dan selalu digunakan dalam menekankan betapa perlunya kita menjalankan tanggungjawab kita untuk 'menarik' atau melasso manusia di sekeliling kita daripada kemungkaran kepada kedekatan dan ketaatan kepada Allah. Syahadatul Haq. Namun begitu, yang selalu difokuskan adalah bahagian pertama ayat iaitu:



Sikap 1:
" Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu "

Sentiasa merasa takut akan dipersalahkan  atas kemungkaran dan maksiat yang berlaku di sekelilingnya. Daie ini apabila melihat semua ini, merasakan satu kesedihan dalam jiwanya, merasakan bahawa ini semua adalah salahnya. Yang masih bermain-main dalam beramal. Yang masih lagi mahu bermanja dengan kesenangan dunia. Yang hanya pentingkan diri.  Dia takut di akhirat nanti, dirinya akan dipersoalkan tentang apa yang dia lakukan tatkala ada kemampuan untuk memperbaiki dan mengislah , tapi tidak berbuat apa-apa.





Sikap 2:

" Dan supaya mereka bertaqwa " 

Sebenarnya, kita selalu terlepas bahagian hujung ayat ini. Bahagian ini sebenarnya, menonjolkan satu karakteristik yang sangat penting bagi seorang daie. Ia menunjukkan suatu sifat dakwah yang semakin menghilang dari diri seorang daie apabila ia telah lama bergelumang dengan gerak kerja dan mindset untuk melahirkan pewaris dan mengelakkan kemandulan.  Cinta. Dakwah itu cinta.


Allah merakamkan cara pandang tipikal manusia biasa dalam ayat ini apabila mereka bertanya kepada daie ini  ,

"Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?"
Dalam kata lain, orang yang mereka nak nasihati tu memang confirm-confirm akan mendapat azab yang keras daripada Allah. Tiada harapan lagi buat mereka ini. Jadi kenapa kau nak nasihati mereka lagi? Kenapa kau nak terus DF mereka lagi? Kenapa kau tak nak cari mad'u-mad'u yang baru, yang lebih senang untuk ditarik?

Tapi apa kata daie ini?

Supaya mereka bertakwa.

Maksudnya apa?
Maksudnya, mereka masih meletakkan harapan untuk mereka yang confirm-confirm akan dapat azab ini untuk berubah. Dan bukan sekadar berubah, bertakwa pulak tuuu.

Dari manakah datangnya harapan ini?
Mana lagi kalau bukan daripada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada mad'unya.
Apabila kita dah sayang, cinta kepada seseorang, kita akan sentiasa letak harapan pada dia.
Kita akan sentiasa justify perbuatan-perbuatan dia walau seteruk mana pun.

Contohnya, di sekolah, apabila ada pelajar yang buat kesalahan berat, ibu bapanya akan dipanggil untuk berbincang. Biasanya, ibu bapa ini akan cuba menyalahkan pengaruh rakan-rakan atas perangai anaknya. Akan sentiasa melihat anaknya baik dan soleh. Kerana kasih sayang dan cinta mereka.



Jangan berhenti berharap
Maka, sahabat. Asas kita menyeru kepada Allah adalah cinta dan kasih. Cinta kepada ahli keluarga kita. Sayangkan sahabat-sahabat kita. Kasih kepada saudara-saudara muslim yang lain.

Kerana apabila cinta dan kasih sayang sudah ada, kita akan sentiasa meletakkan harapan untuk mereka berubah. Mungkin bukan sekarang. Mungkin juga bukan dalam jangka hayat hidup kita. Tapi siapa tahu, saat kita di kubur nanti sedang menghadapi siksaan yang berat (nauzubillah) , tiba-tiba kita merasakan azab kita diringankan seketika. Atau saat kita sedang menghadapi kesulitan yang sangat dahsyat di padang mahsyar nanti, kerana amal kita terlalu sedikit untuk menjejak ke syurga, tiba-tiba berderu-deru amal kebajikan masuk ke dalam perhitungan.

Rupa-rupanya, dia yang dulu kita pernah rasakan tidak ada harapan lagi, sekarang menjadi penyumbang terbesar saham akhirat kita. Lebih melaju daripada mutarabbi-mutarabbi yang lain.

Teringat pesan murabbi, " kalau kite sangat down sebab mutarabbi2 kita masih belum ada tanda2 untuk berubah lagi, cube bayangkan, suatu hari nanti die akan duduk bersama kita seperti sekarang ini untuk berbincang tentang dakwah dan tarbiyyah. Teruskanlah usaha."

Masih ada harapan buat dia.








Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...